top of page

Bertemakan “Love it, Feel it, Do it!”, karnival ini berkemampuan untuk menyeru masyarakat pelbagai lapisan dalam mengamalkan hidup yang sihat bagi keperluan fizikal dan mental yang bermula seawal usia kanak-kanak. Kami mempercayai bahawa setiap lapisan umur perlulah mempunyai jiwa dan semangat yang sama kuat seperti golongan muda.

 

Hasil gabungan unsur-unsur kerohanian, seni budaya dan kesukanan, aktiviti-aktiviti yang telah dirangka dapat memenuhi permintaan warga Universiti Putra Malaysia, dan juga masyarakat di sekeliling Universiti Putra Malaysia serta seluruh warga IPT. Pembukaan pelbagai gerai jualan seperti makanan, minuman, pakaian, perisian komputer, buku-buku ilmiah dan cenderamata diangkat menjadi tulang belakang D’12 Carnival: Love it, Feel it, Do it! di mana ia berkemampuan untuk menjadi daya penarik.

 

Kesimpulannya, D’12 Carnival: Love it Feel it, Do it! merupakan satu landasan untuk membentuk masyarakat yang sentiasa mahu memperoleh nilai-nilai sepanjang hayat yang berkesan seperti yang telah diterapkan dalam setiap aktiviti karnival ini. Pengisian jasmani, emosi, rohani dan intelek sejak dari muda sememangnya intipati wajib dalam membina manusia yang berakhlak dan berdisiplin.

 

Love it, Feel it, Do it!

bottom of page